29 July, 2011

story story :)

Kisah aku bermula apabila aku mengenali Shafiqa. Dia seorang yang sangat penyabar, penyayang dan lincah. Kami berkawan hampir 2 tahun. Beza umur kami hampir 5 tahun membuatkan hubungan kami seperti hubungan antara adik dan abang. Dalam masa yang sama, aku sudah bertunang dengan Najwa ,gadis pilihanku. Tetapi, aku tahu Shafiqa sayangkan aku lebih dari seorang kawan. Aku berhubung dengan umi, kawan baik Shafiqa. Dari umi lah aku tahu segalanya tentang Shafiqa. Perasaannya terhadap aku pun aku tak tahu. Tapi aku endahkan saja kerana hati aku hanya untuk Najwa. Aku sangat sayangkan Najwa.
Suatu hari, Najwa secara tiba-tiba meminta pertunangan kami diputuskan. Katanya ibunya memaksa dia berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya. Terasa dunia aku kelam serta merta. Selama ini Najwalah hidupku, Najwa lah nyawaku. Shafiqa cuba menenangkan aku. Dia banyak membantu aku untuk meneruskan hidup. Kami sering berjumpa, namun tak pernah dia cuba untuk meluahkan isi hatinya. Entah kenapa aku melamarnya untuk dijadikan kekasih hatiku. Aku pelik dengan perasaanku sendiri. Aku tak pernah cintakan dia. Dia seronok sekali dan terus menerimaku sebagai buah hatinya.
Hari yang dilalui bersama Shafiqa tidak sikit pun membuatkan aku bahagia. Aku menyesal melamarnya padahal hatiku masih ada pada Najwa. Aku bencikan dia walaupun dia melayan aku dengan baik sekali. Dia banyak bersabar bila aku memarahinya secara tiba-tiba. Dia banyak mengalah bila kami bergaduh. Aku menyampah bila dia mengucapkan ‘ I LOVE YOU ‘, tapi aku tetap berpura-pura mencintainya. Aku menganggapnya sebagai temanku bila aku kesunyian sahaja.
Aku sering menyeksa jiwanya. Hatinya sering terluka dengan perbuatanku. Aku sengaja berbuat begitu untuk melepaskan tekananku. Puas hatiku. Terasa berbalas dendamku pada Najwa. Aku tahu dia cintakan aku sepenuh hatinya. Tapi aku tidak berdaya berbuat apa-apa kerana hakikatnya hatiku masih pada Najwa.

Suatu hari, Najwa muncul. Dia meminta aku kembali padanya. Katanya, dia sudah memutuskan pertunangannya tempoh hari. Aku yang masih sangat mencintainya terus menerimanya. Terasa sinar kebahagiaan memancar terang ke arahku. Hubungan atas dasar cinta sungguh membahagiakanku hingga aku terlupa yang aku telah mengabaikan Shafiqa dan dia sangat terluka.
Aku rimas bila Shafiqa merayu minta aku balas sms dan jawab panggilannya. Akhirnya aku menukar nombor telefonku tanpa menjelaskan status hubungan kami. Aku bahagia sekali dengan Najwa. Dia janjikan perkahwinan dan kebahagiaan untukku.
Suatu hari Najwa berjumpa denganku dan memutuskan perhubungan kami. Bila ditanya sebab dia ingin memutuskan hubungan itu, dia tidak menjawab. Dia terus meninggalkanku. Terasa longlai tubuhku ketika itu. Bila dirisik dari teman-temannya, barulah aku tahu yang Najwa akan berkahwin dengan tunangnya, Hafiz minggu hadapan. Hafiz baru balik dari England. Barulah aku tahu Najwa hanya mempermainkan aku. Dia hanya inginkan teman untuk menggantikan Hafiz sementara dia berada di luar Negara. Dan hakikat yang paling menyakitkan adalah Najwa tidak pernah mencintaiku. Dia bertunang denganku kerana ingin merasa kemewahanku. Pasa saat itu hanya wajah Shafiqa yang aku bayangkan. Aku buka semula nombor telefon lamaku dan aku lihat sms paling akhir aku terima daripada dia kira-kira sebulan yang lalu selepas 3 bulan aku mengabaikannya. Sms itu berbunyi ,

From : Shafiqa
Saya minta maaf. Saya sayangkan awak. :)

Aku cuba menghubunginya tapi panggilanku disambut operator mengatakan nombor ini tidak dapat dihubungi. Aku menelefon Umi dan minta dia untuk berjumpa denganku. Soalan pertama yang aku tanyakan pada Umi, dimana Shafiqa sekarang? Automotik muka Umi berubah.
Aku terduduk bila aku dengar suara Umi mengatakan yang Shafiqa sudah tiada. Dia pergi untuk selama-lamanya.


“ Kau tak tahu ke? Shafiqa dah tiada. Dia meninggal dunia bulan lepas. Dia sakit leukimia. Btw, terima kasih ye Aiman. :)
“ Hah? Terima kasih? Kenapa?”
“ Sebab kau bahagiakan dia. Shafiqa selalu puji kau bf yang baik. Dia cakap kau layan dia dengan baik sangat. Dia bahagia sangat dengan kau. Tapi kenapa kau tak datang surprise birthday party yang dia organise untuk kau tu?”
“ Hah? birthday party untuk aku?
“Yaa, kenapa? Bersungguh-sungguh dia organise untuk kau tapi kau tak datang. Ni diari Shafiqa. Aku tak baca pun. Diari ni berkunci. Katanya kau tahu kod kunci diari ini. Dan ini surat untuk kau.”
Aku capai diari itu dan surat serta satu kotak berbalut kemas dengan hati yang sebak. Tiba di rumah, aku terus buka diari Shafiqa dan membacanya. Dan yang paling mengejutkan aku, seluruh diari itu hanya menceritakan hubungannya dengan aku. Bagaimana dia bahagia bila aku melamarnya, bagaimana terluka hatinya bila aku abaikan dia. Aku buka suratnya.
Awak,
          Maafkan saya sbb tak bagitahu awak pasal penyakit saya ni. Saya cuba nak contact awak tapi awak off henfon. Saya tahu awak kembali dengan Najwa kan? Saya tahu. Awak berdua memang serasi. Saya harap sangat awak kekal dengan dia. Saya ta nak awak terluka lagi. Lupakan perasaan saya selama ini. Yang penting adalah perasaan awak. Kalau awak bahagia, saya pun bahagia. :)
         Cuba awak buka kotak hadiah tu. Saya harap awak suka kasut tu. Dulu, masa kita hang out sama-sama, awak selalu cakap awak suka kasut tu. Awak suka warna dia kan? Dulu saya kutuk warna kasut tu tapi sekarang saya belikan untuk awak. Cantik pulak saya tengok. Haha. Patotnya saya bagi masa birthday party awak haritu. Tapi awak tak datang. Saya faham, awak keluar dengan Najwa kan? :)
         Banyak lagi saya nak cakap kat awak. Tapi masa tak mengizinkan. Cukuplah awak tahu saya sayangkan awak. Maaf sebab saya tak dapat membahagiakan awak. Jaga Najwa baik-baik ye? Bye. :)




Dengan air mata yang berjuraian, aku buka kotak hadiah itu. Makin sebak dada aku bila aku lihat kasut Converse warna coklat yang dah lama aku idamkan.
Baru aku sedar yang selama ini aku sudah mendapat gadis yang terbaik dalam hidup aku. Kesal rasanya bila mengingatkan betapa kejamnya aku terhadapnya. Sebak dadaku mengingatkan cintanya terhadapku yang tulus tapi tidak pernah dihargai.
“ Jangan pernah mengucapkan SAYANG kalau sememangnya  BENCI.
Jangan pernah mengucapkan RINDU kalau sememangnya TIADA.
Perkara paling kejam yang dilakukan oleh MANUSIA adalah membuatkan orang lain jatuh cinta walaupun anda tidak pernah berniat untuk mencintainya. ”

- TAMAT-

1 comment: